Unknown
Bukan tak tahu apa yang berlaku..cuma kalau fikir bertambah kusut jadinya..Ya Allah Ya Tuhanku, KepadaMu tempatku mengadu.. Keinginan membuak-buak rasanya nak berada di sini..lihat hijau..lihat pemandangan indah ciptaanMu Ya Allah..betapa besarNya kejadiaanMu Ya Allah. Kalau sebelum ni selalu pergi camping pagi-pagi dengar air terjun..bangun solat subuh sentuh air ciptaanMu bagaikan terasa dirini sangat kerdil..dengar bunyi cenggkerik n macam2 lagi..alhamdulillah alhamdulillah ahamdulillah...solat subuh yang sangat menyentuh perasaan...tanpa fikir apa yg berlaku di luar sana..hilangkan, tinggalkan seketika tanggungjawab yang dipikul, terasa beban ringan seketika sebelum memikul kembali tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Dalam keadaan sekarang bila tengok gambar ni rasa macam nak berguling pun ada..kosongkan minda..dan rehat..memuji kebesaranMu Ya Allah..tenang dan sangat tenang..mungkin ini adalah cara aku untuk dapatkan semula semangat untuk teruskan apa yang telah dirancangkan olehMu Ya Allah..
Unknown
Assalamualaikum wbt..morning semua..semoga hari ini kita diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dberkati hendakNya..amin.. Tengah sikat rambut b4 pegi keje tadi..teringin nak share tips penjagaan rambut yang saya amalkan..insha allah tips ni sedikit sebanyak dapat membantu sahabat2 diluar sana yer..
1. Semasa anda mandi dan syampookan rambut anda, pastikan anda melurutkan syampoo ke bawah hingga hujung rambut..ini bertujuan untuk pastikan rambut anda tidak kusut dan rambut yang gugur dapat dibuang..
2. Pastikan rambut anda dibilas dengan bersih supaya syampoo yang anda pakai tidak melekat di rambut anda.
3. Seeloknya selepas syampoo pakailah conditioner yer..tapi seminggu 2x pun dah cukup..
4. Ketika rambut anda basah jangan sesekali anda kesat dengan kuat menggunakan towel..kerana rambut yang basah sebenarnya cepat putus kalau dilap dengan kuat..
5. Dah lap tu agak2 kering boleh la pakai vitamin pada rambut anda.
6. Penggunaan vitamin ni bagus sebenarnya terutama yang suka guna hair dryer untuk rambut cepat kering.. Untuk pengetahuan anda penggunaan hair dryer xbagus sangat tau.
7. Kepada yang mempunyai rambut yang panjang dan perlu diikat semasa bertudung, pastikan anda tidak ikat rambut anda terlalu ketat. Ini kerana rambut cepat rosak apabila diikat dengan ketat..
8. Apabila anda menyikat rambut anda pastikan anda sikat dari hujung terlebih dahulu bagi mengelakkan rambut kusut.
9. Untuk dapatkan rambut yang sihat saya sarankan anda tidak memakai tudung sewaktu rambut anda basah dan belum kering. Rambut yang basah boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kepada pemakai tudung ye..
10. Kalau nak rambut anda cantik hitam berseri amalkan pakai minyak kelapa..walaupun minyak kelapa berbau tapi minyak ini dapat melebatkan rambut dan menghitamkan rambut. Tapi jangan pakai weekdays yer kepada yang bkrja sebab 1 office boleh bau.hehehe..pakai weekends sudah ler..
ade banyak lagi nak share..bile sy free saya smbung balik yer..hehe...
Unknown
![]() |
Setelah aku dan sahabatku selesai membeli barang-barang, kami singgah untuk minum dan berehat seketika. Alhamdulillah lega rasanya apabila dapat merehatkan badan di kerusi setelah penat berjalan.. Selesainya kami berehat kami terus bergerak menuju ke parkir kereta. Kami berbual sambil berjalan..tiba-tiba kaki kami terhenti apabila melewati seorang makcik yang agak berumur dan disebelahnya seorang adik yang berusia lingkungan 11 tahun. Kami saling berpandangan,
A: Kenapa makcik ni duduk kat sini?
L: haah kan..xsampai hati aku tengok..
A: kita panggil adik tu n tanya..adik, mari sini jap..
(adik yang dengan pakaian yang xterurus dan lusuh datang menuju ke tempat kami)
L: adik dari mana?adik buat apa kat sini?
(adik ni xtahu nak jawab apa-apa. makcik tersebut terpandang ke arah kami dan terus menuju ke tempat kami)
Makcik: kenapa?
A: Makcik dari mana ya?
Makcik : makcik dr Kg. Selamat..makcik orang susah..
L: ooo..Makcik ambil baju kat belakang tu yer?..
Makcik : yer anak..makcik ambil baju kat sana.
apa yang kami lihat dari tadi makcik ni sedang memilih baju dalam plastik hitam. Dalam plastik tu ada baju-baju dan tudung. Kami juga tengok dengan mata kami sendiri makcik ni sedang memilih baju dan tudung yang elok untuk diambil. Melihat pada keadaan makcik ni memang kami xnafikan makcik ni seorang yang tidak berkemampuan dan boleh dikatakan miskin...agak tersentuh bila makcik ni tidak menghiraukan orang yang lalu lalang dia leka memilih baju yang elok untuk diambil. Manakala anaknya pula duduk disebelahnya dengan air muka yang xdapat kami gambarkan. Lagi tersentuh hati kami dengan reaksi adik ni yang sangat terliur dengan mata terkebil-kebil tertumpu pada air yang ada pada tangan kami. Aku terus mengeluarkan not untuk diberi pada makcik. Makcik tu cakap kat kami..takpa anak,anak doakan makcik pun dah cukup. Ya Allah Ya Tuhanku..makcik ni tidak meminta dan makcik ni juga bukan peminta sedekah..
Terdetik di hati aku..Ya Allah Ya Tuhanku..alhamdulillah dengan nikmatMu..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..aku sedar kehidupan orang lain lebih daif aku juga sedar kehidupan orang lain sangat susah dan aku juga sedar aku perlu menolong membantu orang yang lebih layak dan memerlukan. Kita asyik merungut duit selalu xcukup kan..tapi kita sedar ke ada orang lain yang berlapar sebab xda duit nak beli makanan?kita sedar ker kita sibuk nak cantik sedangkan ada orang lain yang langsung xmampu nak tukar pakaian?..dan yang paling penting ADAKAH KITA SEDAR BAHAWA KITALAH MANUSIA YANG SENTIASA LEKA DENGAN TUNTUTAN DUNIA SEHINGGA KITA LUPA DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN..adakah cukup sahaja dengan bersyukur?bagaimana kita menggunakan nikmat yang diberikan kepada kita?.. aku tujukan kepada diri aku yang sentiasa leka yang sentiasa pentingkan diri sendiri (lihatlah diri kau ubahlah bentuklah didiklah sayanglah diri kau dan ingatlah dari mana asal kau)....
---peringatan untuk diriku sendiri---








