![]() |
Setelah aku dan sahabatku selesai membeli barang-barang, kami singgah untuk minum dan berehat seketika. Alhamdulillah lega rasanya apabila dapat merehatkan badan di kerusi setelah penat berjalan.. Selesainya kami berehat kami terus bergerak menuju ke parkir kereta. Kami berbual sambil berjalan..tiba-tiba kaki kami terhenti apabila melewati seorang makcik yang agak berumur dan disebelahnya seorang adik yang berusia lingkungan 11 tahun. Kami saling berpandangan,
A: Kenapa makcik ni duduk kat sini?
L: haah kan..xsampai hati aku tengok..
A: kita panggil adik tu n tanya..adik, mari sini jap..
(adik yang dengan pakaian yang xterurus dan lusuh datang menuju ke tempat kami)
L: adik dari mana?adik buat apa kat sini?
(adik ni xtahu nak jawab apa-apa. makcik tersebut terpandang ke arah kami dan terus menuju ke tempat kami)
Makcik: kenapa?
A: Makcik dari mana ya?
Makcik : makcik dr Kg. Selamat..makcik orang susah..
L: ooo..Makcik ambil baju kat belakang tu yer?..
Makcik : yer anak..makcik ambil baju kat sana.
apa yang kami lihat dari tadi makcik ni sedang memilih baju dalam plastik hitam. Dalam plastik tu ada baju-baju dan tudung. Kami juga tengok dengan mata kami sendiri makcik ni sedang memilih baju dan tudung yang elok untuk diambil. Melihat pada keadaan makcik ni memang kami xnafikan makcik ni seorang yang tidak berkemampuan dan boleh dikatakan miskin...agak tersentuh bila makcik ni tidak menghiraukan orang yang lalu lalang dia leka memilih baju yang elok untuk diambil. Manakala anaknya pula duduk disebelahnya dengan air muka yang xdapat kami gambarkan. Lagi tersentuh hati kami dengan reaksi adik ni yang sangat terliur dengan mata terkebil-kebil tertumpu pada air yang ada pada tangan kami. Aku terus mengeluarkan not untuk diberi pada makcik. Makcik tu cakap kat kami..takpa anak,anak doakan makcik pun dah cukup. Ya Allah Ya Tuhanku..makcik ni tidak meminta dan makcik ni juga bukan peminta sedekah..
Terdetik di hati aku..Ya Allah Ya Tuhanku..alhamdulillah dengan nikmatMu..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..aku sedar kehidupan orang lain lebih daif aku juga sedar kehidupan orang lain sangat susah dan aku juga sedar aku perlu menolong membantu orang yang lebih layak dan memerlukan. Kita asyik merungut duit selalu xcukup kan..tapi kita sedar ke ada orang lain yang berlapar sebab xda duit nak beli makanan?kita sedar ker kita sibuk nak cantik sedangkan ada orang lain yang langsung xmampu nak tukar pakaian?..dan yang paling penting ADAKAH KITA SEDAR BAHAWA KITALAH MANUSIA YANG SENTIASA LEKA DENGAN TUNTUTAN DUNIA SEHINGGA KITA LUPA DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN..adakah cukup sahaja dengan bersyukur?bagaimana kita menggunakan nikmat yang diberikan kepada kita?.. aku tujukan kepada diri aku yang sentiasa leka yang sentiasa pentingkan diri sendiri (lihatlah diri kau ubahlah bentuklah didiklah sayanglah diri kau dan ingatlah dari mana asal kau)....
---peringatan untuk diriku sendiri---


Post a Comment