Unknown
Alhamdulillah dengan IzinNya aku dapat menulis blog ruangan peribadiku sendiri harini. Alhamdulillah dengan IzinNya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan diri sendiri menuju dan mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.
‘Setiap tahun setiap bulan setiap minit setiap saat’ apa perubahan yang aku buat dalam hidup aku? Jawapan aku pada November 2013 ‘apa yang aku nak dalam hidup aku sebenarnya?apa yang aku cari sebenarnya?sampai bila aku nak macamni? Apa Kenapa Bagaimana? Jawapan untuk soalan aku adalah soalan demi soalan untuk diri sendiri. Soalan yang bermain-main dalam kepala aku setiap masa semakin banyak sehinggalah aku TERGERAK DAN TERPANGGIL melihat tudung labuh on9 ‘cantik jugak tudung ni, why not aku beli n pakai jer..lagipun memang niat aku 2 tahun lepas nak pakai tudung labuh pun. 2 tahun niat baru sekarang nak pakai agak lama jugak nak boleh ke pakainya. So aku beli n pakai buat pergi kerja.
1st day pakai biasa jer xde la nak rasa ada beza macam pakai shawl sebelum ni. Kalau sebelum-sebelum ni memang aku pakai tudung dan shawl suka labuhkan. Tapi aku didatangkan dengan 1 perasaan yang sangat sedih pada keesokkan harinya semasa solat magrib. Solat seperti biasa after solat aku berada di tikar sejadah agak lama jugak sementara menunggu isyak. Selepas doa aku tidak mengaji Al Quran pun tapi hati aku jadi sangat sedih sayu dan rasanya sangat lain dari hari-hari biasa. Masa inilah aku menangis xhenti-henti melihat kehidupan yang aku jalani sebelum ni. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati aku ketika itu. Aku flashback balik perkara yang berlaku sebelum ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan aku dapat jawapannya kepada pertanyaan aku selama ni. Yes jawapannya SEMUA ADALAH KERANA AKU KERANA DIRI SENDIRI. Kenapa sesuatu peristiwa ini berlaku semuanya adalah kerana AKU sendiri dan semuanya adalah dengan izinNya.
FACEBOOK. FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK.... aku selalu upload pics aku kat fb actually, selfie lah sangat..ceritanya bermula bila aku asyik upload pics di FB. Hari demi hari makin rancak pulak aku upload pics aku dan hasilnya adalah STALKER, hasilnya adalah aku menerima beberapa private msg dari hamba Allah yang sangat prihatin kepadaku. Thanks to ALLAH sebab kirimkan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik. Terima kasih jugak kepada sahabat-sahabat aku yang sangat prihatin untuk kebaikan aku dan semua. Sebenarnya apa motif aku untuk ceritakan semua ni?
MOTIFNYA ADALAH...
Pm yang aku dapat adalah berbentuk perkongsian dari mereka:
‘Ej, simpanlah segala kecantikkan yang ada pada awak untuk suami awak. Saya mintak maaf sebab saya rasa saya perlu kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikan bersama inshaALLAH....

 samb..
0 Responses

Post a Comment