LAKNAT BAGI WANITA YANG MENYAMBUNG
RAMBUT DAN MEMINTA AGAR RAMBUTNYA DISAMBUNGKAN
Aisyah menceritakan bahawa seorang
wanita Ansar telah menikahkan anak perempuannya. Kemudian anak perempuan itu
dijangkiti penyakit yang menyebabkan rambutnya gugur. Wanita tersebut dating menemui
Nabi dan bertanya, ‘Suaminya menginginkan dia (menyambung rambutnya), bolehkah
saya menyambung rambutnya’ Rasulullah bersabda, ‘Wanita yang menyambung rambut
dilaknat (oleh Allah).’’
Dalam riwayat yang lain disebutkan, ‘Wanita menyambung rambut dan meminta agar rambutnya
disambungkan dilaknat (oleh Allah).’’
Takhrij Hadis
Hadis riwayat Bukhari (5934) dan
muslim (1323).
1. Sabda
baginda, ‘’Wanita
yang menyambung rambut dan meminta agar rambutnya disambungkan dilaknat (oleh
Allah).’’
Al-wasilah
adalah wanita yang menyambung rambut, sama ada untuk dirinya ataupun untuk
orang lain. Al-mustaushilah pula adalah wanita yang meminta supaya rambutnya
disambung.


Post a Comment