Unknown
Ya Allah, ini adalah sebahagian dari luahan hati aku bila aku didatangkan dengan perasaan yang sangat besar. Aku sendiri tidak menyangka ianya berlaku pada aku. Niat untuk berhijrah 2 tahun yang lepas. Oct 2013 bermula dengan yang baru. Aku dah xtahan dan xtertanggung perasaan ni.. isu berubah sudah hilang tapi timbul pula isu hidayah dalam perasaan. Aku xtahu macam mane nak kongsikan apa yang aku lalui dengan kawan-kawan. Bagaimana aku ingin menyampaikan semua ni?..Sekarang ni aku masih melihat diri aku dalam diri orang lain. Bila aku tengok perempuan walaupun dengan memakai jeans aku terus menunduk pandangan mata aku, nak tahu sebab ape? sebab aku malu, aku tengok diri aku ketika itu. Ini adalah perasaan yang sangat aku takut. Menangis bukan mengenang kekurangan yang dulu tapi menangis sebab ALLAH SAYANG AKU, DIA DATANGKAN PERASAAN MALU AKU TERHADAP APA YANG AKU LIHAT. Perasaan ini aku tidak dapat gambarkan bagaimana, tapi aku takut dan semakin takut. Sempat x aku nak baiki diri aku? berdoa dan terus berdoa supaya masih diberi kesempatan. Menangis lagi, YA ALLAH aku bukan setakat memberi 'share' pada diri sendiri tapi pada parents aku pada kawan2 yang melihat aku. Ya Allah Ya Allah Ya Allah...kenapa besar sangat aku rasa sekarang? lagi besar perasaan ni jika dibandingkan dengan berita gembira...
 |
|
|
Unknown
Alhamdulillah dengan IzinNya aku dapat menulis
blog ruangan peribadiku sendiri harini. Alhamdulillah dengan IzinNya aku masih
lagi diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Alhamdulillah
aku masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan diri sendiri menuju
dan mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.
‘Setiap tahun setiap bulan setiap minit setiap
saat’ apa perubahan yang aku buat dalam hidup aku? Jawapan aku pada November
2013 ‘apa yang aku nak dalam hidup aku sebenarnya?apa yang aku cari
sebenarnya?sampai bila aku nak macamni? Apa Kenapa Bagaimana? Jawapan untuk
soalan aku adalah soalan demi soalan untuk diri sendiri. Soalan yang
bermain-main dalam kepala aku setiap masa semakin banyak sehinggalah aku
TERGERAK DAN TERPANGGIL melihat tudung labuh on9 ‘cantik jugak tudung ni, why
not aku beli n pakai jer..lagipun memang niat aku 2 tahun lepas nak pakai
tudung labuh pun. 2 tahun niat baru sekarang nak pakai agak lama jugak nak
boleh ke pakainya. So aku beli n pakai buat pergi kerja.
1st day pakai biasa jer xde la nak rasa ada beza
macam pakai shawl sebelum ni. Kalau sebelum-sebelum ni memang aku pakai tudung
dan shawl suka labuhkan. Tapi aku didatangkan dengan 1 perasaan yang sangat
sedih pada keesokkan harinya semasa solat magrib. Solat seperti biasa after
solat aku berada di tikar sejadah agak lama jugak sementara menunggu isyak.
Selepas doa aku tidak mengaji Al Quran pun tapi hati aku jadi sangat sedih sayu
dan rasanya sangat lain dari hari-hari biasa. Masa inilah aku menangis
xhenti-henti melihat kehidupan yang aku jalani sebelum ni. Ya Allah, hanya
Allah sahaja yang mengetahui isi hati aku ketika itu. Aku flashback balik
perkara yang berlaku sebelum ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan aku dapat
jawapannya kepada pertanyaan aku selama ni. Yes jawapannya SEMUA ADALAH KERANA
AKU KERANA DIRI SENDIRI. Kenapa sesuatu peristiwa ini berlaku semuanya adalah
kerana AKU sendiri dan semuanya adalah dengan izinNya.
FACEBOOK. FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK....
aku selalu upload pics aku kat fb actually, selfie lah sangat..ceritanya
bermula bila aku asyik upload pics di FB. Hari demi hari makin rancak pulak aku
upload pics aku dan hasilnya adalah STALKER, hasilnya adalah aku menerima beberapa
private msg dari hamba Allah yang sangat prihatin kepadaku. Thanks to ALLAH
sebab kirimkan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik. Terima kasih jugak
kepada sahabat-sahabat aku yang sangat prihatin untuk kebaikan aku dan semua. Sebenarnya
apa motif aku untuk ceritakan semua ni?
MOTIFNYA ADALAH...
Pm yang aku dapat adalah berbentuk perkongsian
dari mereka:
‘Ej, simpanlah segala kecantikkan yang ada pada
awak untuk suami awak. Saya mintak maaf sebab saya rasa saya perlu kongsikan
apa yang saya tahu untuk kebaikan bersama inshaALLAH....
samb..
|
Unknown
LAKNAT BAGI WANITA YANG MENYAMBUNG
RAMBUT DAN MEMINTA AGAR RAMBUTNYA DISAMBUNGKAN
Aisyah menceritakan bahawa seorang
wanita Ansar telah menikahkan anak perempuannya. Kemudian anak perempuan itu
dijangkiti penyakit yang menyebabkan rambutnya gugur. Wanita tersebut dating menemui
Nabi dan bertanya, ‘Suaminya menginginkan dia (menyambung rambutnya), bolehkah
saya menyambung rambutnya’ Rasulullah bersabda, ‘Wanita yang menyambung rambut
dilaknat (oleh Allah).’’
Dalam riwayat yang lain disebutkan, ‘Wanita menyambung rambut dan meminta agar rambutnya
disambungkan dilaknat (oleh Allah).’’
Takhrij Hadis
Hadis riwayat Bukhari (5934) dan
muslim (1323).
1. Sabda
baginda, ‘’Wanita
yang menyambung rambut dan meminta agar rambutnya disambungkan dilaknat (oleh
Allah).’’
Al-wasilah
adalah wanita yang menyambung rambut, sama ada untuk dirinya ataupun untuk
orang lain. Al-mustaushilah pula adalah wanita yang meminta supaya rambutnya
disambung.
|
Unknown
ummu salamah menceritakan : Ketika Rasulullah saw menyebutkan tentang pakaian bawah (kain), beliau bertanya kepada baginda, "Bagaimana untuk seorang wanita, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Dia boleh menurunkannya sejengkal."
Ummu Salamah berkata, "Kalau begitu auratnya akan terbuka."
Baginda bersabda :
"(Dia boleh menurunkannya) sehasta, tidak lebih dari itu."
Takhrij Hadis
Hadis riwayat Abu Daud (4117) dan an-Nasa'i (8/209).
Huraian Hadis
1. Dalam hadis ini, Rasulullah menjelaskan tentang batas pakaian bawah bagi wanita. Dia boleh melabuhkan bahagian pakaiannya sejengkal melebihi paras tapak kaki. Lalu Ummu Salamah menjelaskan bahawa tambahan sejengkal itu tidak mencukupi. Masih terdapat sedikit daripada bahagian kaki yang masih terlihat. Kemudian Rasulullah bersabda:
"Dia boleh melabuhkannya sepanjang satu hasta supaya lebih labuh dalam menutup aurat."
2. Dalam hadis ini terdapat petunjuk tentang pakaian wanita Muslimah. Hukum asal bagi pakaian adalah halal. Maksudnya semua jenis pakaian halal dipakai, kecuali ada dalil yang mengharamkannya, seperti :
- Pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk tubuh.
- Pakaian nipis, sehingga menampakkan warna kulit.
- Pakaian singkat yang menampakkan sebahagian anggota tubuh.
- Pakaian yang menyerupai pakaian wanita kafir, kerana terdapat larangan agar jangan menyerupainya.
- Pakaian yang menyerupai pakaian lelaki. Terdapat larangan dalam hal ni.
- Pakaian yang menarik perhatian sehingga menimbulkan fitnah kepada orang lain.
- Pakaian yang lebih menonjol daripada pakaian wanita lain, seperti harga yang mahal, warna yang terlalu menyerlah ataupun sebab-sebab yang lain.
3. Hadis ini juga memberi gambaran tentang kesungguhan para sahabiyah dalam memelihara aurat dan sifat malu mereka. Sehingga Ummu Salamah membantah kepanjangan satu jengkal yang diharuskan ke atas wanita dalam melabuhkan pakaian bawah mereka. Bagaimana agaknya keadaan Ummu Salamah apabila melihat keadaan wanita zaman sekarang yang memendekkan pakaian mereka. Wanita muslimah perlu bertaqwa kepada Allah dalam hal pakaian dan aurat mereka. Mereka mesti menerapkan ketentuan syariat dalam berpakaian. Masalah ini adalah perkara yang sangat penting. Seorang wanita bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Dia akan dihisab pada hari kiamat. Oleh itu, dia perlu memberikan komitmen dalam memelihara pakaian dan sifat malunya..
|
Unknown
Bukan tak tahu apa yang berlaku..cuma kalau fikir bertambah kusut jadinya..Ya Allah Ya Tuhanku, KepadaMu tempatku mengadu.. Keinginan membuak-buak rasanya nak berada di sini..lihat hijau..lihat pemandangan indah ciptaanMu Ya Allah..betapa besarNya kejadiaanMu Ya Allah. Kalau sebelum ni selalu pergi camping pagi-pagi dengar air terjun..bangun solat subuh sentuh air ciptaanMu bagaikan terasa dirini sangat kerdil..dengar bunyi cenggkerik n macam2 lagi..alhamdulillah alhamdulillah ahamdulillah...solat subuh yang sangat menyentuh perasaan...tanpa fikir apa yg berlaku di luar sana..hilangkan, tinggalkan seketika tanggungjawab yang dipikul, terasa beban ringan seketika sebelum memikul kembali tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dalam keadaan sekarang bila tengok gambar ni rasa macam nak berguling pun ada..kosongkan minda..dan rehat..memuji kebesaranMu Ya Allah..tenang dan sangat tenang..mungkin ini adalah cara aku untuk dapatkan semula semangat untuk teruskan apa yang telah dirancangkan olehMu Ya Allah..
|
Unknown
Assalamualaikum wbt..morning semua..semoga hari ini kita diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dberkati hendakNya..amin.. Tengah sikat rambut b4 pegi keje tadi..teringin nak share tips penjagaan rambut yang saya amalkan..insha allah tips ni sedikit sebanyak dapat membantu sahabat2 diluar sana yer..
1. Semasa anda mandi dan syampookan rambut anda, pastikan anda melurutkan syampoo ke bawah hingga hujung rambut..ini bertujuan untuk pastikan rambut anda tidak kusut dan rambut yang gugur dapat dibuang..
2. Pastikan rambut anda dibilas dengan bersih supaya syampoo yang anda pakai tidak melekat di rambut anda.
3. Seeloknya selepas syampoo pakailah conditioner yer..tapi seminggu 2x pun dah cukup..
4. Ketika rambut anda basah jangan sesekali anda kesat dengan kuat menggunakan towel..kerana rambut yang basah sebenarnya cepat putus kalau dilap dengan kuat..
5. Dah lap tu agak2 kering boleh la pakai vitamin pada rambut anda.
6. Penggunaan vitamin ni bagus sebenarnya terutama yang suka guna hair dryer untuk rambut cepat kering.. Untuk pengetahuan anda penggunaan hair dryer xbagus sangat tau.
7. Kepada yang mempunyai rambut yang panjang dan perlu diikat semasa bertudung, pastikan anda tidak ikat rambut anda terlalu ketat. Ini kerana rambut cepat rosak apabila diikat dengan ketat..
8. Apabila anda menyikat rambut anda pastikan anda sikat dari hujung terlebih dahulu bagi mengelakkan rambut kusut.
9. Untuk dapatkan rambut yang sihat saya sarankan anda tidak memakai tudung sewaktu rambut anda basah dan belum kering. Rambut yang basah boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kepada pemakai tudung ye..
10. Kalau nak rambut anda cantik hitam berseri amalkan pakai minyak kelapa..walaupun minyak kelapa berbau tapi minyak ini dapat melebatkan rambut dan menghitamkan rambut. Tapi jangan pakai weekdays yer kepada yang bkrja sebab 1 office boleh bau.hehehe..pakai weekends sudah ler..
ade banyak lagi nak share..bile sy free saya smbung balik yer..hehe...
|