Unknown
Ya Allah, ini adalah sebahagian dari luahan hati aku bila aku didatangkan dengan perasaan yang sangat besar. Aku sendiri tidak menyangka ianya berlaku pada aku. Niat untuk berhijrah 2 tahun yang lepas. Oct 2013 bermula dengan yang baru. Aku dah xtahan dan xtertanggung perasaan ni.. isu berubah sudah hilang tapi timbul pula isu hidayah dalam perasaan. Aku xtahu macam mane nak kongsikan apa yang aku lalui dengan kawan-kawan. Bagaimana aku ingin menyampaikan semua ni?..Sekarang ni aku masih melihat diri aku dalam diri orang lain. Bila aku tengok perempuan walaupun dengan memakai jeans aku terus menunduk pandangan mata aku, nak tahu sebab ape? sebab aku malu, aku tengok diri aku ketika itu. Ini adalah perasaan yang sangat aku takut. Menangis bukan mengenang kekurangan yang dulu tapi menangis sebab ALLAH SAYANG AKU, DIA DATANGKAN PERASAAN MALU AKU TERHADAP APA YANG AKU LIHAT. Perasaan ini aku tidak dapat gambarkan bagaimana, tapi aku takut dan semakin takut. Sempat x aku nak baiki diri aku? berdoa dan terus berdoa supaya masih diberi kesempatan. Menangis lagi, YA ALLAH aku bukan setakat memberi 'share' pada diri sendiri tapi pada parents aku pada kawan2 yang melihat aku. Ya Allah Ya Allah Ya Allah...kenapa besar sangat aku rasa sekarang? lagi besar perasaan ni jika dibandingkan dengan berita gembira...
 |
|
|
Unknown
Alhamdulillah dengan IzinNya aku dapat menulis
blog ruangan peribadiku sendiri harini. Alhamdulillah dengan IzinNya aku masih
lagi diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Alhamdulillah
aku masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan diri sendiri menuju
dan mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.
‘Setiap tahun setiap bulan setiap minit setiap
saat’ apa perubahan yang aku buat dalam hidup aku? Jawapan aku pada November
2013 ‘apa yang aku nak dalam hidup aku sebenarnya?apa yang aku cari
sebenarnya?sampai bila aku nak macamni? Apa Kenapa Bagaimana? Jawapan untuk
soalan aku adalah soalan demi soalan untuk diri sendiri. Soalan yang
bermain-main dalam kepala aku setiap masa semakin banyak sehinggalah aku
TERGERAK DAN TERPANGGIL melihat tudung labuh on9 ‘cantik jugak tudung ni, why
not aku beli n pakai jer..lagipun memang niat aku 2 tahun lepas nak pakai
tudung labuh pun. 2 tahun niat baru sekarang nak pakai agak lama jugak nak
boleh ke pakainya. So aku beli n pakai buat pergi kerja.
1st day pakai biasa jer xde la nak rasa ada beza
macam pakai shawl sebelum ni. Kalau sebelum-sebelum ni memang aku pakai tudung
dan shawl suka labuhkan. Tapi aku didatangkan dengan 1 perasaan yang sangat
sedih pada keesokkan harinya semasa solat magrib. Solat seperti biasa after
solat aku berada di tikar sejadah agak lama jugak sementara menunggu isyak.
Selepas doa aku tidak mengaji Al Quran pun tapi hati aku jadi sangat sedih sayu
dan rasanya sangat lain dari hari-hari biasa. Masa inilah aku menangis
xhenti-henti melihat kehidupan yang aku jalani sebelum ni. Ya Allah, hanya
Allah sahaja yang mengetahui isi hati aku ketika itu. Aku flashback balik
perkara yang berlaku sebelum ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku dan aku dapat
jawapannya kepada pertanyaan aku selama ni. Yes jawapannya SEMUA ADALAH KERANA
AKU KERANA DIRI SENDIRI. Kenapa sesuatu peristiwa ini berlaku semuanya adalah
kerana AKU sendiri dan semuanya adalah dengan izinNya.
FACEBOOK. FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK....
aku selalu upload pics aku kat fb actually, selfie lah sangat..ceritanya
bermula bila aku asyik upload pics di FB. Hari demi hari makin rancak pulak aku
upload pics aku dan hasilnya adalah STALKER, hasilnya adalah aku menerima beberapa
private msg dari hamba Allah yang sangat prihatin kepadaku. Thanks to ALLAH
sebab kirimkan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik. Terima kasih jugak
kepada sahabat-sahabat aku yang sangat prihatin untuk kebaikan aku dan semua. Sebenarnya
apa motif aku untuk ceritakan semua ni?
MOTIFNYA ADALAH...
Pm yang aku dapat adalah berbentuk perkongsian
dari mereka:
‘Ej, simpanlah segala kecantikkan yang ada pada
awak untuk suami awak. Saya mintak maaf sebab saya rasa saya perlu kongsikan
apa yang saya tahu untuk kebaikan bersama inshaALLAH....
samb..
|