Unknown



LAKNAT BAGI WANITA YANG MENYAMBUNG RAMBUT DAN MEMINTA AGAR RAMBUTNYA DISAMBUNGKAN

Aisyah menceritakan bahawa seorang wanita Ansar telah menikahkan anak perempuannya. Kemudian anak perempuan itu dijangkiti penyakit yang menyebabkan rambutnya gugur. Wanita tersebut dating menemui Nabi dan bertanya, ‘Suaminya menginginkan dia (menyambung rambutnya), bolehkah saya menyambung rambutnya’ Rasulullah bersabda, ‘Wanita yang menyambung rambut dilaknat (oleh Allah).’’

Dalam riwayat yang lain disebutkan, ‘Wanita menyambung rambut dan meminta agar rambutnya disambungkan dilaknat (oleh Allah).’’

Takhrij Hadis
Hadis riwayat Bukhari (5934) dan muslim (1323).

1. Sabda baginda, ‘’Wanita yang menyambung rambut dan meminta agar rambutnya disambungkan dilaknat (oleh Allah).’’


            Al-wasilah adalah wanita yang menyambung rambut, sama ada untuk dirinya ataupun untuk orang lain. Al-mustaushilah pula adalah wanita yang meminta supaya rambutnya disambung.
Unknown


ummu salamah menceritakan : Ketika Rasulullah saw menyebutkan tentang pakaian bawah (kain), beliau bertanya kepada baginda, "Bagaimana untuk seorang wanita, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Dia boleh menurunkannya sejengkal." Ummu Salamah berkata, "Kalau begitu auratnya akan terbuka."

     Baginda bersabda : "(Dia boleh menurunkannya) sehasta, tidak lebih dari itu."

Takhrij Hadis
Hadis riwayat Abu Daud (4117) dan an-Nasa'i (8/209).

Huraian Hadis
1.   Dalam hadis ini, Rasulullah menjelaskan tentang batas pakaian bawah bagi wanita. Dia boleh melabuhkan bahagian pakaiannya sejengkal melebihi paras tapak kaki. Lalu Ummu Salamah menjelaskan bahawa tambahan sejengkal itu tidak mencukupi. Masih terdapat sedikit daripada bahagian kaki yang masih terlihat. Kemudian Rasulullah bersabda: "Dia boleh melabuhkannya sepanjang satu hasta supaya lebih labuh dalam menutup aurat." 

2.   Dalam hadis ini terdapat petunjuk tentang pakaian wanita Muslimah. Hukum asal bagi pakaian adalah halal. Maksudnya semua jenis pakaian halal dipakai, kecuali ada dalil yang mengharamkannya, seperti :

  •  Pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk tubuh.
  •  Pakaian nipis, sehingga menampakkan warna kulit.
  •  Pakaian singkat yang menampakkan sebahagian anggota tubuh.
  •  Pakaian yang menyerupai pakaian wanita kafir, kerana terdapat larangan agar jangan menyerupainya.
  •  Pakaian yang menyerupai pakaian lelaki. Terdapat larangan dalam hal ni.
  •  Pakaian yang menarik perhatian sehingga menimbulkan fitnah kepada orang lain.
  •  Pakaian yang lebih menonjol daripada pakaian wanita lain, seperti harga yang mahal, warna yang         terlalu menyerlah ataupun sebab-sebab yang lain.

3.   Hadis ini juga memberi gambaran tentang kesungguhan para sahabiyah dalam memelihara aurat dan sifat malu mereka. Sehingga Ummu Salamah membantah kepanjangan satu jengkal yang diharuskan ke atas wanita dalam melabuhkan pakaian bawah mereka. Bagaimana agaknya keadaan Ummu Salamah apabila melihat keadaan wanita zaman sekarang yang memendekkan pakaian mereka. Wanita muslimah perlu bertaqwa kepada Allah dalam hal pakaian dan aurat mereka. Mereka  mesti menerapkan ketentuan syariat dalam berpakaian. Masalah ini adalah perkara yang sangat penting. Seorang wanita bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Dia akan dihisab pada hari kiamat. Oleh itu, dia perlu memberikan komitmen dalam memelihara pakaian dan sifat malunya..

Unknown

Unknown